Program Tranformasi Minda(PTM)
Kerajaan Negeri Pahang

Terma dan Syarat Permohonan

Terma dan Syarat

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.

Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

(a) pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
(b) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.

Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat:

(a) pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau
(b) hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
(c) lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

Perlaksanaan

Pelaksanaan PTM ini boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian Kementerian/Jabatan/Agensi.

Objektif PTM adalah untuk:

(a) Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;

(b) Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;

(c) Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan

(d) Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.

Pelaksanaan PTM

PTM dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti latihan dalam kumpulan (LDK), sesi interaktif, perbincangan kumpulan, perbincangan kes, kuiz, e-Pembelajaran, ujian psikometrik atau kaedah lain yang bersesuaian yang dipersetujui oleh Panel Pengurusan PTM di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

Pegawai yang tidak melengkapkan PTM hendaklah mengulang semula segmen yang belum dilengkapkan. Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan kepada urus setia bagi tujuan mengulang semula segmen berkenaan.

Pegawai yang gagal PTM disebabkan masalah disiplin dan komitmen tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatannya.

Permohonan

Daftar Baharu

Pendaftaran Baru Permohonan Program

Semakan

Semakan Status Permohonan











Muat Turun

Contoh Sahaja. Perlu Format Dari Unit Modal Insan

BORANG PERMOHONAN

MENGHADIRI KURSUS PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Muat Turun
SENARAI SEMAK

PERMOHONAN PENGECUALIAN MENGHADIRI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BAGI TUJUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Muat Turun
FORMAT PERMOHONAN

PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Muat Turun

Pentadbir Sistem

Log Masuk

Pentadbir Modal insan

Hubungi Kami

Unit Modal Insan, PSUK Pahang

unitmodalinsan@pahang.gov.my

09-5126 600